Dron Ukraine serang pantai Russia, tujuh maut

WorldPolitics
4 Aug 2026 • 2:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dron Ukraine serang pantai Russia, tujuh maut

MOSCOW: Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak terkorban selepas sebuah dron merempuh kawasan pantai yang padat dengan pengunjung di selatan Russia.

Menerusi rakaman media sosial yang disahkan oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC), dron berkenaan dilihat memecut ke arah tebing bukit sebelum terhempas dan meletup menjadi bola api di kawasan pantai ketika pelancong memerhati dari pesisiran serta dalam laut.

Gabenor wilayah Krasnodar, Veniamin Kondratyev pada Isnin berkata, jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 40 orang dengan 17 daripadanya dimasukkan ke hospital.

Beliau mendakwa Ukraine melakukan serangan sengaja ke atas orang awam.

Ukraine bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang ulasan, manakala kedua-dua pihak sebelum ini secara konsisten menafikan menyasar orang awam secara sengaja.

Sasaran sebenar dron berkenaan masih belum dipastikan. 

Beberapa saluran Telegram Ukraine mendakwa dron itu terhempas di pantai akibat tindakan perang elektronik yang mengganggu isyarat penerbangannya. 

Beberapa saksi yang dipetik media Russia pula memberitahu, bunyi tembakan sebelum letupan berlaku sekali gus memberi petunjuk sistem pertahanan udara mungkin cuba menembak jatuh dron berkenaan.

Insiden itu berlaku di pantai berhampiran kampung Arkhipo-Osipovka di Laut Hitam. 

Kawasan itu menjadi destinasi percutian popular bagi penduduk tempatan, terutamanya selepas sekatan antarabangsa mengehadkan perjalanan mereka ke luar negara. – AGENSI

 

The post Dron Ukraine serang pantai Russia, tujuh maut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved