United Aircraft Group (UAG) sebuah syarikat aeroangkasa dari China telah memperlihat dron Lanying R6000 mereka. Ia adalah dron pertama di dunia konfigurasi kipas sendeng bagi memberikan kemampuan VTOL serta membawa kargo sehingga 2 Tan serta dengan pilihan swaterbang.

Dron ini turut boleh membawa sehingga 10 orang penumpang, terbang pada kelajuan 550 km/j dan jarak operasi sehingga 4000 kilometer. Dari segi rekaan dron ini mirip dengan pesawat VTOL Bell V-280 Valor cuma dengan kemampuan swaterbang.
Kipas dengan tiga bilah diletakkan pada pod di penghujung sayap. Ia boleh diputarkan ke atas untuk terbang atau mendarat secara menegak sebelum diubah kembali ke hadapan untuk terbang seperti pesawat konvensional.

Pihak UAG masih belum memberikan spesifikasi penuh mengenai kuasa enjin dan sasaran bilakah Lanying R6000 akan mula beroperasi. Ia hanya akan didedahkan apabila pesawat dilancarkan secara rasmi ketika acara AirShow China yang berlangsung di Zhuhai pada bulan November depan.
Berdasarkan imej pengolokan yang dikongsi UAG, dron ini menyasarkan penggunaan dalam sektor awam tanpa varian untuk tujuan ketenteraan. Di Amerika Syarikat, dron ARES baru sahaja berjaya melakukan ujian penerbangan VTOL tetapi ia adalah untuk kegunaan ketenteraan serta membawa kargo sehingga 1360 kilogram sahaja.

