Dropbox Menamatkan Pelan Storan Tanpa Had

TechnologyDigital
26 Aug 2023 • 5:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dropbox minggu ini menamatkan penawaran storan awanan tanpa had Dropbox Advanced selepas mendapati sebilangan pelanggan menyalahgunakan perkhidmatan ini. Dropbox Advanced ditawarkan kepada pelanggan perusahaan yang inginkan storan awanan yang besar tetapi ditawarkan oleh perkhidmatan lain.

image is not available

Sebab yang diberikan oleh Dropbox ialah storan tanpa had disalahgunakan pelombong kripto, individu yang membeli satu akaun untuk berkongsi dan mereka yang menjual langganan kepada orang lain.

Pelanggan Dropbox Advanced dengan tiga lesen kini akan diberikan had storan awanan 15TB sahaja. Ini adalah cukup untuk menyimpan 100 juta dokumen, 4 juta gambar, dan 7500 video HD. Sebanyak 5TB storan akan ditambah untuk setiap lesen yang dibeli. Tindakan ini terpaksa diambil oleh Dropbox bagi memastikan perkhidmatan mereka tidak akan terganggu disebabkan penyalahgunaan segolongan pengguna.