Dropbox Menamatkan Penawaran Kebolehan Menjual Kandungan Digital, Dropbox Shop

TechnologyDigital
8 Apr 2023 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada tahun lepas, pihak Dropbox telah memperkenalkan sebuah ciri khas secara terhad, dinamakan Dropbox Shop. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna Dropbox untuk menjual kandungan digital dengan mudah kepada pembeli, dan memuat-turun terus kandungan yang telah dibeli.

image is not available

Kini, selang setahun sejak ia diumumkan, Dropbox hari ini mengumumkan penamatan ciri berkenaan.

Dropbox Shop akan ditamatkan secara berperingkat, dan pada 7 Julai 2023 kelak, sokongan untuknya akan ditamatkan termasuk dari segi pautan menjualn dan sebagainya.

Sebab disebaliknya tidak diketahui lagi. Mungkin kerana angka penggunanya yang tidak tinggi, atau ramai yang menggunakan alternatif lain dalam menjual kandungan digital mereka berbanding Dropbox.