Dropbox Perkenal Sokongan Kecerdasan Buatan Untuk Ringkaskan Dokumen Dan Menjawab Persoalan

TechnologyDigital
21 Jun 2023 • 9:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dropbox hari ini mengumumkan beberapa fungsi baharu pada platform mereka, memfokuskan kepada kecerdasan buatan. Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah Dropbox AI.

Melalui Dropbox AI, ia akan membantu pengguna dalam meringkaskan sesuatu dokumen yang tersimpan pada akaun Dropbox, selain turut mendapatkan maklumat yang diperlukan dari sesuatu dokumen. Dengan langkah ini, ia boleh menjawab pertanyaan pengguna melibatkan informasi pada dokumen-dokumen pada akaun mereka.

Disamping itu, Dropbox AI juga dikatakan boleh memberikan ringkasan untuk sesuatu video.

Buat masa ini, Dropbox AI ditawarkan dalam bentuk ujian awal untuk pengguna di Amerika Syarikat, untuk semua pelanggan Dropbox Pro terlebih dahulu.