
Penyanyi dan usahawan, Dato’ Seri Vida mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada melakukan trend TikTok ASOKA baru-baru ini.
Dalam video berkenaan, DS Vida dilihat mengenakan solekan tebal bertemakan ‘Bollywood’ sambil ditemani anak perempuannya, Cik B.
Video itu kemudiannya menerima pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat lucu dua beranak itu.
Namun, walaupun tema Asoka yang diinginkan, ada juga netizen yang merasakan gaya solekan DS Vida lebih kepada watak Chandramukhi yang merupakan lagenda hantu tersohor di negara India.
Hanya sekadar hiburan, video itu telah meraih jumlah tontonan ratusan ribu dan puluhan ribu tanda suka daripada netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Cik B 'Self Reward' Kereta G Wagon Brabus Sempena Hari Lahir, Bersyukur Sentiasa Dapat Sokongan Datuk Seri Vida
The post DS Vida Join Buat ‘Trend’ Asoka Di TikTok, Netizen Kata Dah Macam Chandramukhi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


