Dua aksi getir uji kekuatan JDT

LocalFootball
19 Nov 2026 • 11:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua aksi getir uji kekuatan JDT

PETALING JAYA – Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan ujian getir apabila terpaksa berdepan jadual padat membabitkan dua pertandingan antarabanga.

Malam ini, Harimau Selatan akan turun ke gelanggang menentang Cong An Hanoi FC dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) dan selepas itu terus terbang ke Thailand bagi melengkapkan perlawanan kelima Liga Juara-Juara Elit (ACLE), bertemu Ratchaburi FC, Selasa ini.

Mengambil kira jadual padat yang terpaksa dilalui pasukannya, pengendali JDT, Xisco Munoz menjelaskan, dia perlu merangka perancangan lebih rapi dan menuntut pemain berada dalam keadaan terbaik.

“Kami akan menempuh dua pertandingan yang begitu mencabar dan aksi pertama adalah Piala Shopee (ACC) menentang Cong An Hanoi FC dan selang empat hari kemudian kami akan ke Thailand berdepan Ratchaburi dalam saingan ACLE.

“Dalam situasi ini, agak sukar dan mencabar untuk melakukan penyelarasan terutama penggiliran pemain, memandangkan kami akan berdepan kelab terbaik di Vietnam sebelum berkunjung ke Thailand.

“Jadi perlu berada di Vietnam dan Thailand, ini bermaksud kami tidak pulang ke Johor sebaliknya akan berkampung di Vietnam dan Thailand selama seminggu,” katanya.

Jurulatih dari Sepanyol itu bertegas, JDT tidak mahu menjadikannya sebagai alasan tetapi kekal dengan kemahuan untuk memberikan persembahan terbaik dalam kedua-dua perlawanan. – KOSMO! ONLINE

The post Dua aksi getir uji kekuatan JDT appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved