Dua anggota keselamatan antara 7 didakwa edar dadah

4 Apr 2023 • 4:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Tujuh termasuk dua penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, atas pertuduhan mengedar 1,177.5 gram syabu dan 103.04 gram dadah juga syabu.

Rizal Ramli, 34, seorang anggota tentera dan Mohd Hairul Kaz Oto, 36, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), didakwa mengedar 1,177.5 gram dadah sekitar jam 12.30 tengah malam 21 Mac di kawasan Hotel Marco Polo, Lorong Abaca 1 , di sini.

Manakala, lima tertuduh lain iaitu Azalan Hasanuddin, 34, Radi Etma Marzuki, 34, Zaini Paleksi, 59, Mohd Rosyidee Khamis, 30, dan Mohd Nurhaq Amat, 29, didakwa memiliki 103.04 gram dadah pada jam 2 pagi 20 Mac di Lorong 19, Taman Ria Heights, di sini.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sekurang-sekurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh warga tempatan itu ketika kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Mei dan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Azalan, Radi, Zaini, Mohd Rosyidee dan Mohd Nurhaq turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah, kerana ujian kencing mereka didapati positif dadah.

Seksyen itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.

Pegawai Pendakwa ASP Jeffrey Kadisun tampil mendakwa, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.