Dua Anggota Maritim Cedera Ditembak Ketika Jalani Rondaan Di Perairan Kunak, Sabah

7 Apr 2024 • 1:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital

Dua Anggota Maritim Cedera Ditembak Ketika Jalani Rondaan Di Perairan Kunak, Sabah. Dipetik daripada Bernama, dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) dilaporkan mengalami kecederaan setelah ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak, Sabah pada 8.30 pagi tadi.

Menurut Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, ketika kejadian, anggota Maritim Malaysia tersebut melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba menghampiri bot berkenaan.

image is not available
Dua Anggota Maritim Cedera Ditembak Ketika Jalani Rondaan Di Perairan Kunak, Sabah

Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot telah melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia sebelum memecut ke arah perairan negara,” jelas beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera berkenaan telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Che Engku Suhaimi berkata pihak beliau sedang menyiasat kes itu dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: