Dua Anggota PGA8 Maut Dalam Kemalangan

29 Oct 2022 • 11:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KOTA BHARU, 29 Okt (Bernama) — Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA8) maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Rantai Panjang-Pasir Mas, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata kejadian pada 4.25 pagi itu menyebabkan Lans Koperal Jerry Layong Nyalin, 32, dan Koperal Juna Jembat, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Kedua-dua mangsa yang bertugas di Batalion 8 PGA di Pengkalan Chepa, di sini, menaiki kereta jenis Perodua Myvi.

“Ketika kejadian pemandu lori tiada di dalam kenderaan tersebut dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved