Dua anggota tentera bergaduh akibat salah faham

14 May 2024 • 11:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yahaya

KUANTAN - Polis mengesahkan insiden pergaduhan melibatkan dua anggota tentera di sebuah kem di Temerloh, minggu lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian pada 9 Mei itu, mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

"Pergaduhan dipercayai berpunca akibat salah faham antara mereka berdua, dan suspek berusia 36 tahun telah direman selama tiga hari dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

Terdahulu tular gambar kecederaan seorang lelaki yang disyaki anggota tentera akibat dipukul dengan parang dalam pergaduhan di sebuah kem.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana telah membuat bising. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved