Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai akibat terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Kedah, hari ini.
Mangsa yang terdiri daripada seorang anggota lelaki dan seorang anggota wanita dipercayai terlibat dalam insiden tersebut ketika latihan sedang dijalankan di kawasan lapang sasar berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat pertama mengenai insiden tersebut pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Setakat ini, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa dijangka mengeluarkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – KOSMO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kes 2 Beradik Jatuh Tingkat 12 : Ibu Warga Asing Berdepan Penjara 20 Tahun
The post Dua Anggota Tentera Maut Disyaki Akibat Letupan Bom Ketika Latihan Di Kem Hobart first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






