Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan

16 Jun 2026 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Jenazah dua anggota tentera maut dihantar ke Hospital Sultan ah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.
Image from: Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Dua anggota tentera, Prebet Siti Khadijah Sungip, dan Koperal Norazmi Abu Bakar maut ketika menjalani latihan.
Image from: Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart di sini pada Selasa.
Image from: Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.
Image from: Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Allahyarham Koperal Norazmi Abu Bakar.
Image from: Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Allahyarham Prebet Siti Khadijah

GURUN - [DIKEMAS KINI] Dua anggota tentera maut dipercayai terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, polis menerima maklumat awal berhubung kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipetik Bernama, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.

**media[3553061]**

Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.

**media[3553056]**

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.

Berdasarkan rekod, terdapat dua tragedi bom meletup semasa anggota tentera menjalani latihan di lokasi sama sebelum ini.

**media[3553058]**

Dalam kejadian pertama pada 9 Julai 1987, seramai sembilan anggota tentera dari

Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.

**media[3553062]**

Setelah disiasat dan diselidiki, kemalangan berpunca dari kelalaian dan kecuaian seorang anggota tentera kerana tidak mematuhi peraturan tertentu semasa mengendalikan bom yang tidak meletup.

Manakala kejadian kedua pada 13 Julai 1988 melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.

**media[3553064]**

Kemalangan tersebut bukanlah disebabkan kecuaian ataupun kelalaian anggota tentera, tetapi berpunca daripada bom lama yang tertanam dan telah meletup semasa anggota sedang menunggu giliran untuk latihan menembak lorong hutan.