Dua anggota trafik iring anak ahli Parlimen kena tatatertib

4 Aug 2022 • 4:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Dua anggota trafik yang mengiringi anak seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu diambil di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. “Polis Pulau Pinang telah membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada ahli Parlimen BN menggunakan motosikal PDRM di Jalan Bukit Gambir, Georgetown. “PDRM juga telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu setelah rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial sejak 7 Mei 2022,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat. Klip video mengenai kejadian yang tular di media sosial sejak 7 Mei lalu itu menunjukkan kedua-dua anggota polis berkenaan mengiringi sebuah kenderaan yang dimiliki oleh orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved