Dua bebas tuduhan miliki barang seludup lebih RM1 juta

28 Sep 2023 • 3:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan dan pemandu dibebaskan daripada pertuduhan berasingan memiliki rokok seludup, minuman beralkohol, dan mercun bernilai lebih sejuta ringgit.

Tan Pick Len@ Tan Pick Lan, 71 dan pemandu Omar Kiftiani, 36, dilepaskan dan dibebaskan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, tanpa memanggil pembelaan mereka.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tan dan Omar.

Bagi Tan, untuk pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki rokok seludup dan alkohol itu di sebuah rumah di Kg Bontoi, Tamparuli pada 23 Jan 2019, jam 12.30 tengah hari.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 135 (iii) Akta sama yang membawa hukuman denda sehingga 20 kali ganda nilai barang yang dirampas, atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan didakwa memiliki mercun seludup itu pada masa dan di tempat yang sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi Omar, dia didakwa memiliki 170,000 batang rokok seludup pada masa dan di tempat yang sama dengan Tan.

12 saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan.

Peguam Jul Hamri Jumhani mewakili Tan dan Omar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.