Dua beradik dari Sarawak didakwa edar 1.5kg ganja

7 Mar 2024 • 2:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua beradik warga Sarawak didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar 1,582.82g ganja.

Penganggur Chin Jin Kim, 23, dan ‘runner’ Chin Jin Yu, 30, yang tampil di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faridz Gohim Abdullah mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu jam 7.40 malam pada 26 Sept, 2023, di dalam sebuah unit di Blok E Fasa 5, Beverly Hills, di Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 kali sebatan rotan.

Mahkamah menetapkan 25 Mac untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan tertuduh direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Timbalan Pendakwa Raya Afiq Agoes mengendalikan pendakwaaan manakala dua beradik itu diwakili peguam Hairul V. Othman dan Luke Ressa Balang.

Sementara itu, seorang jurujual didenda RM1,000 atau sebulan penjara kerana terlibat dalam sesi perjudian dalam talian di tempat awam.

Rohaida mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie melakukan kesalahan itu pukul 7.10 malam, pada 7 Feb, di sebuah premis di Sadong Jaya.

Dia didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Fakta kes yang dibentangkan oleh pendakwaan, menyatakan polis menahan Rohaida, yang dilihat berkelakuan mencurigakan dan merampas peralatan perjudian termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM100.

Dalam kes berasingan, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana mempunyai harta dipercayai dicuri.

Walter Kuya, 38, mengaku memiliki dua gulung dawai tembaga, playar dan pemetik api, yang mana dia gagal memberi penjelasan memuaskan mengenai cara memperolehnya jam 7 pagi pada 2 Mac lalu, di tepi jalan bypass Tuaran, Bandar Putra, Manggatal.

Kesalahan di bawah Seksyen 22A Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil itu memperuntukkan hukuman denda RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie S.K. melakukan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.