
BELURAN: Dua orang kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 9 tahun dilaporkan hilang di Ladang Monsok, Beluran sejak 26 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda menyatakan mangsa, Nur Hawa Syaqira binti Jeif, 12 dan Nurul Syuhada Asyiqin binti Jeif, 9 berketurunan Kadazan dilaporkan hilang di rumah yang terletak di Ladang Monsok, Beluran pada kira-kira jam 10 pagi.
Kasim berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 10.24 pagi 27 Julai.
“Bapa mangsa, Jeif Wong, 46 tahun yang bekerja sebagai pekerja ladang memberitahu kali terakhir melihat mangsa pada 26 Julai, jam lebih kurang 8 pagi di rumah sebelum beliau keluar bekerja.
“Bapa mangsa juga telah mewar-warkan kehilangan anak-anaknya di laman sosial Facebook agar dapat membantu mencari maklumat kedudukan anak-anak Jeif.
“Menurut saksi kali terakhir mangsa dilihat adalah di Hotel London, Sandakan,” katanya ketika dihubungi media, pada Jumaat.
Kasim berkata, operasi pencarian sedang dijalankan di kawasan Ladang Monsok dan kawasan-kawasan berhampiran tempat yang dinyatakan iaitu di Hotel London, Sandakan.
Sekiranya orang awam mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, sila berhubung dengan IPD Beluran 089-511222, Pengawai Penyiasat, Insp Muhammad Fakhrullah bin Wahab di talian 013-5126121, atau hadir di mana-mana balai polis yang berhampiran.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
