Dua beradik kembar kongsi pentas konvokesyen

LocalTechnology
20 Sep 2024 • 2:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Dua beradik kembar bersama melakar detik kenangan manis apabila berkongsi pentas menerima Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal pada Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu ke-28 di Dewan Rafflesia PKK, pada hari kedua majlis tersebut baru-baru ini.

Muhamad Hazim Ikmal Muhmad Jaafar dan Muhamad Haziq Akmal Muhmad Jaafar, 22, antara yang menerima Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan meluahkan rasa gembira kerana dapat merakam kenangan manis bersama di hadapan ibu bapa mereka.

Yang lebih mengkagumkan kedua mereka berjaya merangkul Anugerah Ketua Jabatan (AKJ).

Muhamad Hazim berkata peluang dapat konvokesyen bersama adik kembarnya merupakan kebanggaan berganda yang akan terpahat buat ibu bapa mereka yang turut hadir di majlis konvokesyen menyaksikan kejayaan anak mereka sebagai hari yang bersejarah bagi keluarga mereka.