Dua beradik lemas ketika berkelah di Pulau Mentigi

2 Jun 2025 • 9:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua beradik lemas ketika melakukan aktiviti riadah berkelah di pantai Pulau Mentigi, Mersing. Foto Maritim Malaysia

image is not available
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jeti Pulau Tinggi dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk dibawa ke Jeti Shahbandar Mersing. Foto Maritim Malaysia

MERSING - Kegembiraan sebuah keluarga berkelah di Pulau Mentigi berhampiran Pulau Tinggi bertukar tragedi apabila dua beradik lemas dalam kejadian petang Isnin.

Dalam kejadian itu, Nur Awatif Udaima Mohd Hisam, 15, dan adiknya Ahmad Uwais Al Qarni, 13, ditemui lemas.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.25 petang dan bot Perkasa 44 diatur gerak bagi operasi mencari dan menyelamat (Carilamat).

**media[3151001]**

"Mangsa pertama, Nur Awatif Udaima diselamatkan orang awam berhampiran lokasi kejadian sekitar jam 4.30 petang.

"Manakala adiknya, Ahmad Uwais Al Qarni ditemukan lemas dua jam kemudian hasil pencarian oleh komuniti pulau," katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa dibawa ke Jeti Pulau Tinggi dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk dibawa ke Jeti Shahbandar Mersing sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved