Dua beradik lemas: Mayat adik ditemukan terapung di jeti

25 May 2026 • 2:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua beradik lemas: Mayat adik ditemukan terapung di jeti
Mayat Muhammad Aidil Amsyar ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam.
Image from: Dua beradik lemas: Mayat adik ditemukan terapung di jeti
Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama empat rakan mereka di Sungai. Foto Bernama

DUNGUN - Mayat mangsa kedua yang lemas di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka dekat sini ditemukan pagi Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, mayat Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14, ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam berdekatan jeti Pasar Paka pada jam 9.55 pagi.

Beliau berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang itu ditemukan dua kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan lemas.

"Anggota pasukan penyelamat bergegas ke tempat mangsa ditemukan selepas mendapat maklumat penemuan mayat daripada orang awam," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

**media[3532292]**

Terdahulu, abang mangsa Muhammad Amir Ashraf, 15, telah ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat di dasar sungai sejauh tujuh meter dari tempat kejadian pada 3.47 petang Ahad.

Semalam, Bernama melaporkan dua beradik tersebut lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Sungai Beril pada jam 11 pagi bersama dua lagi rakan mereka.

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Zul-Zunaidi Mohd Baldin, 40, ketika ditemui di tempat kejadian berkata jenazah kedua-dua anaknya akan dikebumikan di kampungnya di Melor, Kota Bharu, Kelantan selepas selesai bedah siasat. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved