
Dua beradik disahkan meninggal dunia selepas lemas dalam kolam berhantu di Sandakan
Dua Beradik Mati Lemas Dekat Kolam Berhantu Di Sandakan. Baru-baru ini, dua beradik dilaporkan mati lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar dekat Kampung Batu Putih, Jalan Sungai Kayu, Sandakan, Sabah, semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisoner Abdul Fuad Abdul Malek menyatakan bahawa kejadian berlaku pada pukul 11 pagi Rabu.

Dipercayai kedua-dua mangsa sedang mandi di sebuah kolam terbiar di Kampung Bambu Batu 7 bersama empat lagi keluarganya.
“Ketika berenang di kolam terbiar tersebut, kedua-dua mangsa dilaporkan lemas,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, menurut sumber.
Diselamatkan oleh penduduk kampung
Dalam pada itu, beliau turut berkata, kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung, lalu dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan pada pukul 12.40 tengah hari.
Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Malah, jenazah mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga mereka untuk dikebumikan.

