Dua Beradik Maut Pulang Beraya, Ibu Reda Pemergian Anak-Anak Tersayang

LocalFamily & Parenting
21 Apr 2025 • 5:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keceriaan Syawal bertukar duka buat seorang ibu tunggal apabila dua anaknya maut dalam satu kemalangan di lampu isyarat Simpang Empat Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa, Nuraisyah Amalin Zaibur, 20, dan adiknya Ammar Saifullah, 15, dilaporkan terlibat dalam nahas ketika menunggang motosikal Honda selepas pulang beraya dari Bukit Tiram selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Ibu mangsa, Asilah Minhat, 38, berkata beliau reda dengan kehilangan dua anak tersayang meskipun masih dilanda kesedihan yang mendalam.

“Sebelum kejadian, dua anak saya ini tiada sebarang perubahan sikap…sama sahaja. Saya reda dengan pemergian mereka berdua, sudah puas menangis,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), hari ini.

Menurut Asilah, Nuraisyah Amalin baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), manakala adiknya, Ammar Saifullah merupakan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Ulu Tebrau.

image is not available

Foto: FB Info-info semasa

Jenazah kedua-dua mangsa selamat dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau.

Tragedi ini nyata menyentuh hati ramai, terutama ketika sambutan Aidilfitri masih lagi berlangsung, mengingatkan kita semua betapa nyawa itu pinjaman yang tiada ternilai.