Dua Beradik Mengaku Tidak Bersalah Aniaya Beruk

19 Nov 2025 • 2:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua lelaki bersaudara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bachok pada Rabu atas tuduhan menganiaya seekor beruk jantan, kes yang tular di media sosial.

Dua beradik didakwa menampar, memukul beruk

image is not available

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Tiga Kanak-Kanak Disyaki Larikan, Aniaya Anak Kucing Hingga Mati

Menurut laporan Sinar Harian, Muhamad Amirul Afiq Sanusi, 24, dan sepupunya, Muhammad Khairul Aziman Shamsudin, 28, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amin Rashidi Ramli.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut kertas pertuduhan, Muhamad Amirul didakwa menampar, memukul dan menakut-nakutkan beruk jantan berwarna coklat di tepi sebuah rumah kosong di Kampung Jembal, Jalan Tawang, pada 1 November lalu, kira-kira jam 6.30 petang. Sepupunya pula didakwa bersubahat dalam perbuatan yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhammad Aiman Syahmi Yazid, yang menawarkan ikat jamin RM10,000 seorang. Peguam kedua-dua tertuduh, Muhammad Habil Zainal Abidin, memohon pengurangan jumlah ikat jamin dengan alasan ini kesalahan pertama dan keterbatasan kewangan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin, dan menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes ini tular selepas video berdurasi hampir dua minit memaparkan beruk dipukul dan diseret tanpa belas kasihan, menimbulkan kemarahan ramai. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 atas penderaan haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penyebaran kandungan jelik di media sosial.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

The post Dua Beradik Mengaku Tidak Bersalah Aniaya Beruk appeared first on Borak Daily.