Dua Beradik Nyaris Maut Kereta Terbabas Langgar Kedai Makan Di Bau

14 Sep 2023 • 7:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kereta terbabas dan langgar kedai makan

Dua Beradik Nyaris Maut Kereta Terbabas Langgar Kedai Makan Di Bau. Dua beradik nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah kedai makan di Jalan Bidi-Krokong semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.23 petang.

Menurut laporan dari Utusan Borneo, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau terus dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

image is not available
Dua Beradik Nyaris Maut Kereta Terbabas Langgar Kedai Makan Di Bau. Kredit: Utusan Borneo

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta yang terbabas dan melanggar sebuah kedai makan di tepi jalan.

“Terdapat dua mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam dari dalam kereta sebelum ketibaan bomba,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

image is not available

Tambahnya, pasukan bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa di lokasi kejadian.

image is not available

“Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Kedua-dua mangsa merupakan adik beradik berusia 16 dan 24 tahun.

Baca lagi artikel menarik: