Dua beradik, rakan positif dadah ditahan di pondok

13 Jul 2024 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Satu laras senapang patah dan peluru antara yang dirampas susulan penahanan ketiga suspek di sebuah pondok getah di Kampung Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling, Jerantut, Khamis lalu. Foto Polis Pahang

KUANTAN - Dua beradik bersama seorang rakan mereka yang didapati positif dadah ditahan sebuah pondok di kebun getah di Kampung Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling, Jerantut, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, tangkapan ketiga-tiga suspek dibuat semasa sedang berbaring dan berehat di pondok terbabit.

"Kesemua suspek direman yang berusia 23 hingga 37 tahun ini bermula Jumaat hingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan.

"Hasil ujian saringan awal polis mendapati didapati kesemua suspek positif methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pelbagai jenis dadah termasuk satu laras senapang patah dan peluru dirampas.

"Polis merampas 54.62 gram methamphetamine, 0.27 gram heroin, 1.06 gram ganja, 1 laras senapang patah dan tujuh butir peluru dianggarkan berjumlah RM6,000.

"Turut dirampas sebuah kereta jenis Honda City 1.5 EFI dianggarkan bernilai RM4,600," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved