
TAWAU: Dua beradik rakyat Filipina yang menyebabkan kematian ‘mandor’ (penyelia ladang) mereka berkaitan gaji dan dakwaan insiden rogol, dipenjara lima tahun setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Tawau, di sini pada Rabu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman itu ke atas Al Nasir Abdullah, 27, dan adiknya, Al Dimal Abdullah, 22, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atas mereka.
Selepas menjalani hukuman, kedua-duanya diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.
Dua beradik itu menyebabkan kematian Mark Aquino Conahap antara jam 6.30 hingga 6.55 pagi pada 17 April, 2021 di kawasan lapang dekat Perumahan Pekerja Ladang Kebun Jaya, Ulu Segama Lahad Datu.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam Philip Lee yang mewakili Al Dimal meminta hukuman penjara dijalankan dari tarikh dia ditangkap memandangkan Al Dimal hanya dianggap membantu abangnya yang sebelum itu diserang mangsa ketika bergaduh.
Lee berhujah bahawa pergaduhan itu berlaku kerana mangsa disyaki merogol isteri Al-Nasir tetapi mereka tidak membuat laporan polis kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Peguam Kusni Ambutowo yang mewakili Al- Nasir turut meminta hukuman dikira bermula dari tarikh dia ditangkap.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan walaupun terdapat unsur mempertahankan diri dalam kejadian itu tetapi kedua-dua mereka pergi ke rumah mangsa dengan melemparkan tuduhan merogol sambil membawa senjata sehingga berlaku kematian mangsa.
Tambahnya, tiada bukti kejadian rogol itu berlaku dan mereka pergi ke rumah mangsa juga berkaitan isu gaji.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, kedua-dua mereka dan isteri Al-Nasir menjerit ke arah mangsa yang berada di rumahnya, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap gaji yang diberikan dan Al Nasir.
Mereka turut menuduh mangsa merogol isterinya dengan muslihat menyembuhkannya secara perubatan tradisional.
Jeritan dan tuduhan Al Nasir menimbulkan kemarahan si mati dan berlaku pertengkaran mulut sebelum mangsa keluar dari rumahnya sambil membawa bujak/ tombak dan cuba menyerang Al Nasir namun dielak.
Al Nasir kemudiannya menetak tangan si mati dengan parang yang dibawanya dan si mati menyerangnya dengan tombak.
Al Dimal kemudian turut menetak si mati dengan parang yang dibawanya sebelum adik-beradik itu melarikan diri selepas mangsa terjatuh ke tanah.
Pada 23 Ogos 2023, adik-beradik itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa tetapi pertuduhan itu ditarik balik selepas surat representasi mereka diterima dan mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif yang dikenakan ke atas mereka.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
