Dua Beranak Dibunuh : 3 Lagi Ditahan, Suami Mangsa Akan Dibebaskan Esok

LocalPolitics
24 Oct 2025 • 10:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suami kepada wanita yang dibunuh bersama anak perempuannya akan dibebaskan dengan ikat jamin esok selepas direman sejak Ahad lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata tiga lagi lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Suami mangsa akan dibebaskan

image is not available

Foto: TVS

“Kami mempunyai tiga tangkapan baharu dan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk direman esok.

“Semuanya warga asing berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an dan saling mengenali. Mereka sebelum ini dipercayai melarikan diri,” tambahnya.

Media pada Sabtu melaporkan penemuan mayat seorang wanita dan anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru dalam keadaan tragis, dipercayai akibat pembunuhan.

Suami mangsa akan dibebaskan

image is not available

Mangsa berusia 51 tahun yang bekerja sebagai peniaga kuih serta anaknya berusia 11 tahun ditemukan oleh suaminya ketika pulang ke rumah sekitar jam 7.30 malam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro (Audrey Dermawan)