Dua beranak ‘Karen’ timbulkan kekecohan dihalau keluar dari pesawat

WorldTravel
3 Sep 2024 • 11:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tular satu klip video lama (2021) di media sosial menunjukkan dua penumpang wanita menjerit dan meminta penumpang lain keluar dari pesawat untuk memberi mereka tempat duduk.

Video yang dirakam oleh saksi itu kemudian dimuat naik ke TikTok oleh penguna bernama @official_norcal_mom, dan mengatakan dua wanita berkenaan dipercayai ibu dan anak.

Lapor Daily Star, kejadian itu berlaku dalam pesawat Southwest Airlines yang dijadualkan berlepas dari Sacramento ke San Diego. Namun, penerbangan mengalami kelewatan selama dua jam disebabkan dua wanita tersebut.

Difahamkan, polisi syarikat penerbangan menetapkan, tiada tempat duduk tetap dalam pesawat. Jadi, penumpang boleh memilih tempat duduk masing-masing mengikut prinsip ‘siapa cepat, dia dapat’.

Dua penumpang tersebut dikatakan tiba di pesawat ketika pintu hampir ditutup. Ketika mencari tempat duduk yang diinginkan (tepi laluan), mereka mendapati tempat duduk yang diinginkan telah diambil penumpang lain.

Tidak berpuas hati dengan hal itu, mereka memaksa penumpang berkenaan keluar dari pesawat. Pramugari kemudian datang menegur mereka tidak boleh memaksa penumpang lain keluar sesuka hati.

Tidak berpuas hati dengan teguran itu, anak perempuan kepada wanita tersebut terus menjerit sehingga menarik perhatian penumpang lain. Pramugari sekali lagi menegur mereka jangan menjerit dalam pesawat kerana dikhuatiri akan mengganggu penumpang berkeluarga dan kanak-kanak.

Memandangkan tiada lagi tempat duduk yang kosong, pramugari meminta dua beranak tersebut keluar dari pesawat untuk menunggu penerbangan seterusnya. Kesal dengan hal itu, mereka terus keluar meninggalkan pesawat, disambut dengan tepukan gemuruh dari penumpang lain. – Agensi