Dua Beranak Maut, Perodua Kancil Remuk Dilanggar Lori Di Jalan Taman Seniawan Bau

28 Jun 2024 • 9:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salam takziah diucapkan

Dua Beranak Maut, Perodua Kancil Remuk Dilanggar Lori Di Jalan Taman Seniawan Bau. Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh dari belakang oleh sebuah lori di Jalan Taman Siniawan di Bau sekitar jam 2.50 petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang meninggal dunia telah dikenalpasti sebagai Atong Nebok, 64 tahun dan anak lelakinya, Wilson Atong, 36 tahun.

image is not available
Dua Beranak Maut, Perodua Kancil Remuk Dilanggar Lori Di Jalan Taman Seniawan Bau. Sumber: The Borneo Post

“Kedua-dua mangsa, yang terpaksa dikeluarkan dari kenderaan yang remuk, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” tambah kenyataan itu.

Kemalangan tersebut turut merosakkan dua lagi kenderaan yang berada di hadapan kereta mangsa.

image is not available

Pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Bau untuk rawatan perubatan.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Bau bagi tindakan selanjutnya.

Baca lagi artikel menarik: