Dua beranak nyaris lemas ditarik ombak

24 Apr 2023 • 7:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota penyelamat pantai TC berjaya menyelamatkan dua beranak daripada lemas. - Foto APM

KUANTAN - Tindakan pantas anggota penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan nyawa dua beranak daripada lemas di Teluk Chempedak (TC) di sini pada Isnin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Kapten (PA) Saifu Nizam Ab Rahman memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu, kedua-dua mangsa terdiri seorang ayah berusia 35 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun sedang mandi-manda di pantai tersebut sebelum ditarik ombak.

Menurutnya, dua anggota terlibat segera bertindak menyelamatkan kedua-dua mangsa tersebut.

"Kejadian disedari selepas melihat ayah mangsa berpaut pada pelampung milik anaknya.

"Kedua-duanya berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke darat dalam keadaan baik," kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved