
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan di perairan Tabawak dan Kunak pada Khamis kerana melanggar syarat lesen.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, bot pertama ditahan kira-kira jam 2 petang di perairan Kampung Pangi Hujung Kunak, manakala bot kedua ditahan pukul 4.30 petang di perairan Pulau Majinkil.
AdvertisementBeliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot pertama dikendalikan oleh dua lelaki tempatan dengan hasil tangkapan seberat 2kg, manakala sebuah lagi dikendalikan oleh dua lelaki tempatan dan seorang warga Filipina dengan hasil tangkapan seberat 4kg.
Kesemua individu di atas bot terbabit memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more “Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot itu melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan di kawasan kurang dari 1.5 batu nautika dari pesisir.
“Kesemua bot, kru, dan hasil tangkapan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM188,000.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Dzulfikhar berkata, Maritim tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang dan akan terus memantau serta melakukan rondaan di perairan negara.
Bagi sebarang aduan dan maklumat mengenai aktiviti jenayah serta kecemasan, orang awam boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp di 016-9305727 atau Mers 999 untuk tindakan segera.



