Dua budak lemas ketika mandi sungai

4 Feb 2024 • 1:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai di Kampung Tabanak, telah meninggal dunia, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kejadian pada 4.39 petang Jumaat.

Sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian bersama tiga jentera, termasuk bot penyelamat.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dijalankan bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hidupan Liar,” katanya.

Menurut Sumsoa, seorang mangsa Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam diselamatkan orang awam dan dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 4 pagi Sabtu.

“Mohammad Juiqram Julmasalleh ditemui kira-kira jam 11.30 pagi oleh abangnya, kira-kira 30 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya, menambah operasi tamat pada jam 12 tengah hari.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.