
Kota Kinabalu: Penduduk Taman Perumahan Kurnia Jaya Likas menggesa pihak berkuasa membina jejantas untuk menghubungkan kawasan perumahan mereka dengan medan selera popular, Anjung Selera di Teluk Likas.
Gesaan itu dibuat susulan suatu kemalangan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan mencederakan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa dilanggar sebuah Perodua Myvi ketika melintas jalan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di taman perumahan tersebut selepas membeli sarapan di Anjung Selera sebelum kejadian berlaku.
Mangsa berusia 12 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Pemandu kereta Myvi itu meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian dan dipercayai terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Pegawai Penyiasat Trafik Kota Kinabalu, Insp Brymen turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
Penduduk berharap pihak berkuasa mempertimbangkan segera cadangan itu demi keselamatan orang ramai, khususnya kanak-kanak dan penduduk setempat.
