Dua cedera, lori rempuh enam kenderaan

21 Jan 2023 • 10:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah lori dipercayai mempunyai masalah brek merempuh enam kenderaan di Jalan Baru Dengkil-Kota Warisan pada Jumaat.

SEPANG - Sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek merempuh enam kenderaan dalam kejadian di Jalan Baru Dengkil-Kota Warisan di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang apabila lori yang dipandu seorang lelaki berumur 44 tahun itu dari arah Kota Warisan ke Tanjung 12, Jalan Banting Baru.

Menurutnya, lori tersebut dipercayai tidak sempat berhenti lalu melanggar belakang sebuah kenderaan lain sekali gus mengakibatkan beberapa kenderaan di lokasi turut mengalami kerosakan.

"Dua individu dipercayai pemandu dua kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan melibatkan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved