Dua cedera nahas babit 6 kenderaan

LocalCars
18 Dec 2024 • 1:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM11 Jalan Keningau – Kimanis pada Selasa mengakibatkan dua pembantu lori mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Garai, berkata kemalangan pukul 12.50 tengah hari itu membabitkan sebuah lori Nissan enam tan, Toyota Fortuner, Toyota Avanza, Toyota Hilux, dan sebuah treler.

AdvertisementHasil siasatan awal mendapati lori enam tan itu dalam perjalanan dari Papar ke Keningau apabila mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit.

Lori itu melanggar bahagian belakang Toyota Fortuner, menyebabkan kenderaan itu terdorong ke depan dan mencetuskan perlanggaran berturut-turut dengan kenderaan lain di lorong yang sama.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Walaupun pemandu kesemua enam kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan, pembantu lori terperangkap dalam lori akibat impak perlanggaran.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa dari lori terbabit.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka kemudian dihantar ke Hospital Keningau dengan ambulans.