
Kota Kinabalu: Dua orang didenda sejumlah RM2,800 kerana terlibat dalam kegiatan perjudian.
Dyg Masriate Abdullah dan Erica Francis, kedua-duanya berusia 19 tahun, mengaku bersalah secara berasingan oleh Majistret Lovely Natasha Charles dan Stephanie Sherron Abbie terhadap pertuduhan yang dkenakan ke atas mereka.
Masriate diperintahkan membayar denda RM1,800 atau dua bulan penjara kerana terlibat perjudian dalam talian menggunakan telefon bimbit pukul 7.47 malam pada 2 Mac di tangga Blok A, Inanam Taipan.
Erica didenda RM1,000 atau sebulan penjara kerana mempunyai empat keping slip loteri haram pukul 3.40 petang pada 22 Jan, di kawasan lapang di bandar Donggongon, Penampang.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mahkamah dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa Masriate ditahan polis semasa serbuan di tempat tersebut selepas dia dilihat terlibat dalam perjudian dalam talian Mega888.
Erica ditahan polis semasa Ops Dadu di tempat tersebut selepas didapati memiliki peralatan judi termasuk pencetak mudah alih, telefon bimbit dan wang tunai RM65.
Masriate didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka manakala Erica didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta sama yang masing-masing memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sabitan.
Kedua-dua Masriate dan Erica merayu hukuman ringan.
Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 26 tahun didakwa mengendalikan mesin permainan.
Dellyiana Gosopok mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely atas pertuduhan melakukan perbuatan itu di Taman Cempaka di sini pukul 3.30 petang pada 24 Feb.
Pertuduhan di bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953 itu membawa hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Inspektor Kelvan Elson Maik yang melakukan pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM3,000.
Dellyiana yang tidak diwakili memohon jumlah ikat jamin lebih rendah kerana dia kini menganggur.
Lovely menetapkan 25 April untuk pengurusan kes dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM2,000 beserta dua orang penjamin.
Sementara itu, seorang lelaki yang secara tipu memasukkan RM3,788 ke dalam akaun banknya dua tahun lalu, didenda RM100 atau tiga minggu penjara.
Amirrul Taib mengaku bersalah memiliki wang kepunyaan Chang Shaw Horng, dalam akaun Maybanknya, di mana dia gagal memberikan penjelasan yang memuaskan tentang cara dia memperolehnya pukul 7.16 malam pada 14 Julai, 2022.
Kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
