Dua dikhuatiri dibaham buaya

LocalEnvironment
3 May 2025 • 9:00 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong, Winnie Kasmir

SIPITANG: Seorang nelayan, Punggut Madin, 52, dikhuatiri dibaham seekor buaya di Sungai Mengalong, Kampung Banting, ketika sedang mengutip kayu hanyut pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Supt Awang Anak Suanda berkata, pihaknya menerima laporan melalui panggilan MERS999 yang memaklumkan seorang lelaki tempatan hilang semasa mencari kayu hanyut di sungai tersebut bersama adik lelakinya dan dua anak saudara.

“Menurut saksi yang juga adik lelaki mangsa, Punggut dipercayai diserang seekor buaya sebelum diseret ke dalam sungai,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Sebuah pos kawalan telh diaktifkan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung dan agensi lain.

Mangsa masih belum ditemui setakat hari pertama operasi, yang ditangguhkan pada jam 9.30 malam akibat keadaan gelap, dan dijangka disambung semula keesokan harinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.32 petang, dan mengerahkan enam anggota bersama jentera bomba serta bot penyelamat ke lokasi kejadian.

Unit Khas Penyelamat Di Air (PPDA) dari Zon Beaufort yang terdiri daripada empat anggota turut digerakkan bagi membantu operasi SAR.

“Kami juga menerima maklumat yang mengatakan mangsa mungkin telah diserang buaya, namun perkara ini masih belum dapat disahkan,” kata Calvin.

“Pasukan bomba sedang mengumpul maklumat lanjut dan meneruskan operasi SAR di lokasi mangsa dilaporkan hilang serta sepanjang sungai,” tambahnya.

Di KINABATANGAN, seorang lelaki berumur 30an dilaporkan hilang dan dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala ikan di sebuah sungai berhampiran Ladang Sepagaya, Kampung Suan Lamba, sekitar jam 12 tengah hari Khamis lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Hairi Utoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan pada jam 4:10 petang Jumaat, dan mengerahkan pasukan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah dan hanya selipar serta peralatan merambat ikan miliknya ditemui di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, identiti mangsa belum dikenal pasti, namun difahamkan merupakan bukan warganegara.

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.