Dua diperintah bela diri: Rogol bawah umur

27 Jul 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Dua lelaki, salah seorangnya remaja, yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur, diperintah membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad membuat perintah itu terhadap Mohd Nizaruddin Madjain, 23, dan remaja lelaki berusia 18 tahun itu selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Mohd Nizaruddin mempunyai lima pertuduhan manakala remaja lelaki itu hanya satu pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Mohd Nizaruddin didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dan enam bulan itu pada 1, 6, 14 dan 16 Jan 2022 antara 2 pagi dan 3.30 pagi di atas kerusi di tepi laut di Kudat.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Bagi pertuduhan kelima, dia didakwa merogol remaja sama antara 1.30 pagi dan 2.20 pagi pada 1 Feb 2022 di sebuah rumah di Kudat.

Sementara itu, remaja lelaki itu didakwa merogol gadis sama pada 14 Jan tahun ini antara 3 pagi dan 3.30 pagi di tepi pantai di Kudat.

Mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 dan 12 Sept ini untuk pembelaan mereka.

Kes mereka dibicarakan bersama kerana ia melibatkan saksi yang sama.

Tujuh saksi pendakwaan dipanggil semasa perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suriyati Jumain, sementara peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman mewakili remaja lelaki itu manakala Mohd Nizaruddin tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.