Dua diselamatkan daripada runtuhan selepas 198 jam gempa bumi di Turkiye: Laporan

14 Feb 2023 • 6:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Dua orang diselamatkan daripada runtuhan di Turkiye selepas 198 jam gempa bumi dahsyat melanda tenggara negara itu, lapor Sputnik, memetik media Turkiye pada Selasa.

Menurut penyiar TRT Haber, mereka diselamatkan di wilayah Kahramanmaras yang merupakan pusat gempa bumi itu.

Pada 6 Februari, sebahagian Turkiye dan Syria dilanda beberapa siri gempa bumi kuat dan gegaran susulan.

Jumlah kematian akibat gempa bumi itu melebihi 31,500 di Turkiye manakala di Syria, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan jumlah korban seramai 8,500 dengan Kementerian Kesihatan Syria berkata angka kematian di kawasan yang dikawal kerajaan melebihi 1,410 orang. -Bernama