Dua ditahan, lebih 200 liter petrol dirampas di Semporna

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 3:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Dua individu ditahan manakala sebanyak 257 liter petrol dan lima tong gas LPG dirampas dalam Ops Tiris 4.0 di perairan utara Mataking, di sini, pada Sabtu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna dalam kenyataan berkata tangkapan dan rampasan itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-22 Kunak.

Kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada KPDN Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut kementerian itu, susulan operasi terbabit pasukan turut merampas dua bot laju dan tiga enjin sangkut. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM10,948.44.

KPDN dalam kenyataannya menegaskan bahawa pihak kementerian akan terus komited membanteras aktiviti penyelewengan melibatkan barangan kawalan dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved