Dua ditahan terlibat kegiatan ugut untuk tuntut hutang

4 Jun 2023 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Polis Sandakan menahan dua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar dan menyimbah cat merah di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt. Mohd Hamizi Halim berkata, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berumur 19 dan 35 tahun itu ditahan di Taman Sejati pada 30 Mei lalu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sandakan.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada mangsa yang pagar depan rumahnya dikunci serta disimbah cat merah di Taman Bahagia, disyaki perbuatan khianat pada 16 Mei lepas.

“Hasil siasatan mendapati kejadian disyaki dilakukan oleh pemberi pinjaman wang online (Ah Long) yang mahu menuntut hutang daripada mangsa.

SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more “Pemberi pinjaman wang online mengupah suspek untuk melakukan jenayah ini.

“Suspek mula beroperasi sejak akhir tahun lalu menumpukan mangsa di sekitar daerah Sandakan dan Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Dengan penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes yang dipercayai dilakukan oleh suspek.

Semakan rekod jenayah mendapati suspek yang berumur 35 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mohd Hazimi menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran skim pinjaman selain dari syarikat perbankan dan meneliti perjanjian sebelum membuat sebarang pinjaman dari Ahlong atau pemberi wang tanpa lesen dan jangan sewenangnya muat turun aplikasi yang mencurigakan.

“Di samping itu, sentiasa menukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial sebagai langkah keselamatan,” ujarnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.