Dua Gajah Tiba-Tiba Bergaduh Ketika Dimandikan, Hempap Seorang Wanita

World
20 May 2026 • 1:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Gajah Tiba-Tiba Bergaduh Ketika Dimandikan, Hempap Seorang Wanita

Dua Gajah Tiba-Tiba Bergaduh Ketika Dimandikan, Hempap Seorang Wanita

Seorang wanita maut selepas dikatakan tersepit dan dihempap seekor gajah sewaktu pergaduhan antara dua ekor gajah terlatih di Kem Hidupan Liar Dubare, Karnataka, India pada Isnin lalu.

Menurut laporan The Times Of India, sewaktu kejadian tersebut berlaku, mangsa yang dikenali sebagai Tulasi, 33, sedang berdiri berhampiran sungai sambil menyaksikan gajah-gajah tersebut dimandikan.

Menurut pihak berkuasa, dua ekor gajah terlatih tersebut iaitu Kanjan dan Marthanda dikatakan tiba-tiba bergaduh sewaktu dimandikan.

"Walaupun penjaga mereka telah cuba mengawal, Kanjan tetap menyerang Marthanda dan menyebabkan ia hilang keseimbangan lalu terjatuh," tambah pihak berkuasa.

Image from: Dua Gajah Tiba-Tiba Bergaduh Ketika Dimandikan, Hempap Seorang Wanita
Kredit: @hatedetectors via X

Tulasi yang berada di situ telah tersepit di bawah gajah tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga:

Menteri Hutan Karnataka, Eshwar Khandre menyifatkan kejadian tersebut sebagai berita yang mengejutkan dan telah mengarahkan siasatan terperinci dijalankan.

Image from: Dua Gajah Tiba-Tiba Bergaduh Ketika Dimandikan, Hempap Seorang Wanita
Kredit: @hatedetectors via X

Beliau juga mengarahkan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan langkah keselamatan yang lebih ketat serta memastikan pelancong mengekalkan jarak yang selamat dari hidupan liar.

"Walaupun gajah tersebut telah dilatih, ia masih boleh bertindak secara tidak dijangka, sekaligus sukar untuk meramalkan tingkah lakunya setiap masa," tambah beliau.

Beliau juga turut mengarahkan pihak berkuasa supaya melarang aktiviti seperti menyentuh belalai gajah, bergambar, memandikan gajah atau memberi makanan kepadanya.

View Original Article