Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami pada Malaysia

8 Jun 2026 • 8:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami pada Malaysia
Dua gempa bumi sederhana melanda wilayah Mindanao, Filipina dalam tempoh dua jam petang tadi, namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Foto Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Dua gempa bumi sederhana melanda wilayah Mindanao, Filipina dalam tempoh dua jam petang tadi, namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa terbaharu dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter berlaku pada jam 7.22 malam tadi.

Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 48 kilometer (km) pada jarak 112 km Tenggara dari Koronadal City, Filipina.

Terdahulu, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter direkodkan berlaku pada 5.17 petang dengan kedalaman 10 km, berpusat di 171 km Barat Laut dari Pulau Talaud, Indonesia.

Setakat ini, sebanyak 15 orang dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 134 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud melanda Mindanao pada 7.37 pagi Isnin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved