Dua gol Yamal selamatkan Barcelona

Football
14 Sep 2026 • 10:32 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua gol Yamal selamatkan Barcelona

VALENCIA: Lamine Yamal meledak dua gol untuk membantu Barcelona mencatat kemenangan mendebarkan 4-2 ke atas Levante semalam, sekali gus mengekalkan rekod bersih kelab Catalan itu awal musim ini.

Skuad kendalian Hansi Flick kembali memulihkan kelebihan tiga mata di puncak La Liga mengatasi pencabar terdekat Real Madrid, selepas Los Blancos menewaskan Rayo Vallecano, kelmarin.

Xavi Espart membuka tirai jaringan buat juara bertahan itu di Valencia sebelum Yamal menambah gol kedua dan menyempurnakan sepakan penalti pada awal babak kedua.

Biarpun Barca mengekalkan rekod 100 peratus daripada lima perlawanan awal, kelemahan benteng pertahanan mereka jelas terdedah apabila Ivan Romero dan Roger Brugue merapatkan jurang buat Levante pada minit-minit akhir.

Pemain gantian, Karim Adeyemi bagaimanapun memastikan tiga mata milik Barca pada masa kecederaan menerusi larian solo memukau sebelum menewaskan penjaga gol, Mathew Ryan.

“Ini bukan perlawanan terbaik kami. Kami bermula cemerlang tetapi sedikit bergelut pada babak kedua.

“Kami perlu berusaha untuk meningkat. Perkara ini biasa, ada situasi yang perlu kami perbaiki dengan lebih baik. Apapun, saya gembira dengan keputusan ini,” kata Flick.

Dalam pada itu, Atletico Madrid turut mencatat kemenangan selesa mengatasi Real Sociedad menerusi jaringan lewat perlawanan.

Skuad kendalian Diego Simeone yang beraksi tanpa Julian Alvarez akibat kecederaan otot, membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Alejandro Grimaldo pada minit ke-84.

Pemain antarabangsa Kanada, Jonathan David kemudian meledak gol pertamanya buat kelab pada minit ke-90 sebelum Giuliano Simeone melengkapkan kemenangan bergaya Rojiblancos pada masa kecederaan.

Dalam aksi lain, Celta Vigo diikat 1-1 di laman sendiri oleh Malaga, manakala Getafe dan Deportivo La Coruna turut mencatatkan keputusan sama 1-1.- AGENSI

The post Dua gol Yamal selamatkan Barcelona appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved