
Dua Hari Hilang, Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Perut Buaya
Setelah dua hari hilang, mayat dua nelayan warga emas warga Australia yang pergi memancing bersama rakan-rakannya ditemui di dalam perut dua ekor buaya, lapor BBC.
Mangsa, Kevin Darmody kali terakhir dilihat di sebuah lokasi memancing, Kennedy’s Bend yang merupakan habitat buaya air masin yang terkenal di bahagian terpencil di utara Queensland pada Sabtu.
Penemuan badan mangsa yang berusia 65 tahun itu ditemui semasa polis melakukan pencarian di kawasan tersebut selepas bertindak membunuh dua ekor buaya.
Kedua-dua buaya itu, yang masing-masing berukuran 4.1 meter (m) (13.4 kaki) dan 2.8m panjang, ditembak mati pada Isnin kira-kira 1.5 kilometer (0.9 batu) dari tempat dia kali terakhir dilihat.
Ia juga disifatkan sebagai pengakhiran tragis buat nelayan tersebut.
“Pengakhiran yang tragis untuk Darmody. Proses pengenalan mayat akan dijalankan,” kata polis.
Darmody ialah seorang nelayan yang berpengalaman dan ahli masyarakat yang terkenal di Cape York.
Mayat manusia ditemui di dalam satu daripada reptilia itu, tetapi pegawai hidupan liar percaya kedua-duanya terlibat dalam kejadian tersebut.

Salah seorang nelayan bersama Darmody memaklumkan pada masa kejadian dia tidak melihat apa-apa serangan daripada haiwan itu tetapi mendengar suara jeritan diikuti dengan percikan kuat.
“Saya segera ke bawah…tetapi tidak ada tanda-tanda dia ada di situ, hanya seliparnya di tebing dan tidak ada yang lain,” ujar rakan mangsa, John Peiti.
Buaya adalah haiwan yang biasa ditemui di utara tropika Australia, namun serangan ke atas manusia jarang berlaku.
Kematian Darmody hanyalah serangan maut ke 13 yang berlaku di Queensland sejak 1985, di mana penyimpanan rekod bermula.
Kejadian yang sama berlaku
Sebelum ini, seorang nelayan dibunuh oleh buaya di Pulau Hinchinbrook Queensland pada 2021.
Terdapat juga serangan maut di utara jauh negeri itu pada 2017 dan 2016.

Sejak larangan memburu dilaksanakan pada tahun 1974, populasi buaya Queensland telah pulih daripada paras terendah kira-kira 5,000 haiwan kepada 30,000 hari ini.
Laporan 2019 mencadangkan purata 1.7 ekor buaya dewasa yang tinggal di setiap kilometer sungai ditinjau.
Di bawah program pengurusan Queensland, buaya yang bermasalah akan dialih keluar dari kawasan yang mengancam keselamatan awam atau dibunuh.
Sumber: BBC
The post Dua Hari Hilang, Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Perut Buaya appeared first on Siakap Keli.


![Dek Terlalu Rindu, Pasangan Warga Emas Sanggup Jalan Kaki Untuk Bertemu Anak & Cucu Di Hari Raya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)