Dua Helikopter Penyelamat AS Yang Terlibat Dalam Misi Menyelamat Terkena Tembakan

WorldPolitics
4 Apr 2026 • 9:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Helikopter Penyelamat AS Yang Terlibat Dalam Misi Menyelamat Terkena Tembakan

TEHRAN -- Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengesahkan bahawa dua helikopter penyelamat AS yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat sebuah jet pejuang F-15 yang ditembak jatuh awal pagi Jumaat, telah terkena tembakan Iran, lapor Xinhua.

Menurut laporan media AS, BBC News, anggota kru di atas helikopter tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, sebuah pesawat tempur Tentera Udara kedua terhempas di wilayah Teluk Parsi pada semalam.

Difahamkan, juruterbang tunggalnya telah berjaya diselamatkan.

Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pesawat serangan A-10 Warthog itu terhempas berhampiran Selat Hormuz pada masa yang hampir sama dengan kejadian jet F-15E Tentera Udara ditembak jatuh di ruang udara Iran.

Seorang anggota kru telah diselamatkan dan pengendali mencari dan menyelamat kini sedang mengesan seorang lagi anggota tentera udara.

Terdahulu pada Jumaat, pegawai AS mengesahkan bahawa sebuah jet pejuang F-15E milik AS telah ditembak jatuh di selatan Iran.

Walaupun seorang anggota kru berjaya diselamatkan oleh tentera AS, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk pesawat yang mempunyai dua anggota kru tersebut.

Ini merupakan pesawat perang AS pertama yang diketahui ditembak jatuh di dalam wilayah Iran sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada 28 Februari.