Dua helikopter TLDM berlaga di udara, dilaporkan terhempas ketika raptai

23 Apr 2024 • 11:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua buah helikopter TLDM berlaga di udara dan dilaporkan terhempas selepas itu di Lumut pagi tadi.

Menerusi laporan dari Sinar Harian, helikopter tersebut bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Video tular di media sosial

Video yang tular tersebut telah dikongsikan di media sosial dan jelas kelihatan insiden tersebut sebelum ia terhempas ke bawah.

Helikopter TLDM berlaga di udara, sedang ikuti raptai

 

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi sumber telah mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan dua mangsa sekurang-kurangnya terlibat dalam kemalangan berkenaan.

“Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti,” katanya.

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)