Dua individu akan didakwa skandal rasuah ADUN Sabah – Azam Baki

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 2:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan sekurang-kurangnya dua individu didakwa di mahkamah berhubung dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu di Sabah.

Dua individu akan didakwa skandal rasuah

image is not available

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Berita Harian, Azam memaklumkan individu tersebut telah dikenal pasti identitinya dan pendakwaan akan mula dijalankan dalam tempoh masa terdekat.

“Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” kata Azam di sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah Kali Ke-2 Tahun 2025, hari ini.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan perbualan jenayah rasuah yang didakwa melibatkan individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berkenaan isu perlombongan mineral di negeri itu

Sehubungan itu, SPRM memandang serius dengan melakukan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti yang telah tular tersebut.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)