Dua individu bebas tiga pertuduhan pembalakan haram

LocalPolitics
19 Dec 2024 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang pemilik syarikat pembalakan dan pengurusnya dibebaskan daripada tiga pertuduhan menebang 707 batang balak secara haram di Hutan Simpan dan Tanah Negeri di Sipitang, tanpa dipanggil pembelaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus melepas dan membebaskan pengurus Tiong Chee Khong dan pemilik Yun Ket Chun, kedua-duanya 49, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

AdvertisementBagaimanapun, kedua-dua mereka diarah membela diri atas pertuduhan mempunyai 274 batang kayu yang tidak dibayar royalti.

Mahkamah menetapkan 27 dan 28 Feb 2025 untuk pembelaan mereka.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Bagi pertuduhan pertama, Tiong dan Yun didakwa menebang 127 batang kayu tanpa kebenaran di bawah Enakmen Hutan 1968 di Hutan Simpan Ulu Sungai Padas di Sipitang antara 17 Julai 2019 dan 4 Feb 2020.

Kedua-duanya, bagi pertuduhan kedua, didakwa menebang 76 batang kayu balak tanpa mendapat kebenaran secara jelas di bawah Enakmen Hutan 1968 di Hutan Simpan Sipitang juga antara 17 Julai 2019 dan 4 Feb 2020.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagi pertuduhan ketiga, Tiong dan Yun didakwa menebang 504 kayu balak secara haram di atas tanah Negeri berhampiran Kg Long Pasia, Sipitang juga antara 17 Julai 2019 dan 4 Februari 2020.

Sementara itu, bagi pertuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa mempunyai 274 batang kayu balak dengan isipadu 709.20 meter padu yang tidak dibayar royalti pada jam 10.30 pagi pada 7 Feb 2020 dalam simpanan balak, di sisi jalan balak di No. Permit Penghunian JP(SOG)OP.132/2017 di Hutan Simpan Sipitang, Sipitang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pertuduhan pertama dan kedua dirangka mengikut Seksyen 20(2) Enakmen Hutan 1968 manakala pertuduhan ketiga di bawah Seksyen 23(2) Enakmen yang sama. Setiap seorang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara antara satu tahun dan 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga adalah mengikut Seksyen 30(1)(g) Enakmen Hutan 1968 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(2)(b) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga hingga lima tahun atau kedua-duanya, apabila disabitkan.

Pihak pendakwaan telah memanggil 11 saksi semasa perbicaraan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perhutanan Peter Jack Empah bersama Edmund William dan Elrimeo Emin menjalankan pendakwaan manakala peguam Aaron Mark membela kedua-dua mereka.

Semasa berada di luar mahkamah, kedua-dua mereka melalui peguam bela mereka berkata disebabkan pertuduhan terhadap mereka, kehidupan mereka telah terjejas tetapi kini nama mereka dibersihkan.

Mereka juga berkata mereka tidak terlibat dalam pembalakan haram, dan akan membuktikan tidak bersalah dan menjawab pertuduhan keempat untuk membersihkan nama mereka juga.

View Original Article