Dua individu dicekup rentas sempadan secara haram

6 Jul 2025 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki dan wanita warga tempatan diberkas ketika cuba masuk ke negara ini secara haram menerusi pangkalan haram Tanjung, Tumpat pada Sabtu.

TUMPAT – Seorang lelaki dan wanita warga tempatan diberkas ketika cuba masuk ke negara ini secara haram menerusi pangkalan haram Tanjung di sini pada Sabtu.

Kedua-dua suspek berusia 37 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa pasukan terbabit melakukan pemerhatian di kawasan berkenaan menerusi Op Taring Wawasan sekitar jam 6 petang.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya tidak memiliki sebarang dokumen sah keluar atau masuk ke Malaysia.

Menurut beliau, kes diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved